Saturday, January 3, 2015
Sambutan ulang tahun Puchong Bikers dan Tahun Baru 2015 meriah...
Tidak dapat di gambarkan betapa meriah dan mesranya sesama ahli dapat berkumpul beramai ramai sebegini sekali sekala, dengan makanan dan minuman yang sekadar untuk menjamu selera di waktu malam. Kemeriahan ini adalah sempena menyambut Tahun Baru 2015 dan ulang tahun penubuhan Puchong Bikers kali yang ke 5. Kebetulan juga tanggal 31/12/2014 adalah hari rabu yang merupakan hari TTS Puchong Bikers, cuma yang membezakan dari TTS kebiasaan, adalah majlis sambutan ulang tahun. Di dalam majlis tersebut, diserikan lagi dengan bacaan tahlil, doa selamat dan juga tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Al Fadhzil Ustaz Nik Akbari Imam 1 Masjid As Salam Puchong Perdana. Dalam tazkirah beliau, terselit mesej yang penting untuk disimpan dalam hati oleh semua ahli Puchong Bikers, iaitu menjaga hubungan dan kebajikan sesama manusia dan tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah SWT semata mata. Tidak sempurnalah amal kebajikan seseorang hamba itu jika ukhwah sesama manusia tidak dipelihara. Dalam majlis tersebut, Bro Abi juga turut dijemput untuk menceritakan pengalaman beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia permotoran, beliau lebih menekankan akan kepentingan ciri ciri keselamatan dan perlu lebih mengenali jenis motor yang setiap individu. Beliau menceritakan berdasar pengalamannya yang menunggang lebih dari 5 buah negara, seperti kembara Bumi Suci pada tahun 2014. Tepat jam 12 tengah malam, pertunjukkan bunga api dan acara memotong kek telah diadakan. Gimik menandakan genap 5 tahun keujudan Puchong Bikers. En Shaid Tasiran juga telah mengumumkan bahawa program khairat kematian serta lain lain peruntukan khas seperti sumbangan kepada anak anak ahli yang cermerlang di dalam peperiksaan penting akan diteruskan lagi pada tahun 2015, dan berharap setiap ahli akan memberi komitmen dengan program ini. Dalam kemeriahan sambutan ini, Puchong Bikers juga tidak melupakan mangsa mangsa musibah banjir yang melanda negara, ada dikalangan ahli, telah berlepas ke negeri pantai timur untuk menghantar bantuan setelah selesai sahaja majlis tersebut dengan membawa sumbangan dari setiap ahli ke sana. Ini adalah antara usaha Puchong Bikers dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment