Saturday, July 27, 2013

130727 ride amal ke Rumah Anak Yatim Al Ehsan Bentong

Jemputan dr 300kmj utk berbuka puasa bersama anak2 yatim Bentong Pahang(bukan Betong Thai)..
Konvoi akan di iringi oleh Polis traffic smp ke Bentong..

Date 27th July
Konvoi berlepas pukul 2pm
RV masjid Wilayah Persekutuan KL.

Bikers akan di beri baju, berbuka disediakan kan dan pahala yg tak terbilang...

Bikers yg turut serta di minta bawa baju melayu utk rakaman takbir raya.

Balik boleh TTS kat Genting

LIVE WELL & LIVING LEGEND
0192600600

Friday, July 19, 2013

130719 RIDE AMAL RAMADHAN


Esok RIDE AMAL RAMADHAN

KONVOI JELAJAH KASIH RAMADHAN 2013 bersama MPSJ  MYDIN  UN RIDERS,

Satu Ride Amal Jelajah Kasih Ramadhan 2013 untuk membawa anak-anak yatim dari Puchong ke MYDIN Subang Jaya untuk membeli pakaian raya serta berbuka puasa .50 Bikers diperlukan untuk membawa anak-anak yatim berkonvoi ke MYDIN.Kepada Bikers di jemput bersama.
Program ditaja oleh MPSJ dan UNIQUE NATION

ACARA MAJLIS

-Tarikh  20-07-2013 Sabtu
-Berkumpul di Batu3 UN RIDER atau CMO jam 2 petang
-Bergerak dari UN RIDER jam 3 petang ke Rumah anak yatim di Puchong
-Berkonvoi membawa anak yatim dari Puchong ke Mydin ~ seterusnya bersama-sama melayan kerenah anak-anak yatim bershoping di Mydin.
-Berbuka puasa di ruang legar Mydin.

Kepada yang berminat boleh hubungi

Fairuz  012-3440855
Gig  017-6767368
Shaid Puchong Bikers  013-3456391
Dato Azlan UN-Riders...

Saturday, July 6, 2013

130706 RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES


RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES (SABTU 6 JULAI 2013)

Assalamualaikum... seperti tahun-tahun yang lepas Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Kuala Selangor ( MOBIKES) akan menganjurkan ride amal ke 5 rumah anak yatim di sekitar Kuala Selangor sempena ketibaan Ramadhan tahun ini.Semua bikers dijemput untuk ikut serta dalam program tersebut diatas.

Butiran Program

RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES
Tempat Bermula  Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Tarikh  6 JULAI 2013 SABTU
Aturcara program

-pendaftaran kepada yang menyumbang RM 50 akan diberi satu tshirt program
-bacaan yassin dan tahlil
-sarapan pagi
-bergambar beramai-ramai
-berkonvoi memberi sumbangan ke 5 buah rumah anak yatim sekita Kuala Selangor.
-makan tengahhari
-bersurai

Semuga dengan kehadiran beramai-ramai bikers akan memeriahkan suasana sambil kita beramal..

GROUP PUCHONG BIKERS akan berkumpul di SHELL LDP PUTRA HEIGHT jam 6.45 am . Tayar golek jam 7.15 am

Tempat rv ke 2 Petronas Tol Bukit Jelutong jam 7.00 pagi...bergabung dengan groups dari Puchong..