Tuesday, January 20, 2015
Misi Bantuan Banjir Puchong Bikers dengan kerjasama Masjid As Salam Puchong Perdana
Hasil kesepakatan dan usahasama antara 2 pihak akhirnya misi bantuan banjir telah berjaya diadakan. Misi bermula 8 januari hingga 11 januari 2015 telah memilih lokasi di Kelantan iaitu Tanah merah, machang dan Kuala Krai. Sumbangan berbentuk barangan makanan, keperluan asas dan tenaga telah diberikan bagi membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir tersebut. Puchong bikers dan Masjid As Salam ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada mana-mana pihak koperat dan individu yang telah sudi membantu bagi menjayakan misi ini. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli kelab yang bersama-sama mencurahkan masa dan tenaga ketika misi ini dijalankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment