Monday, December 31, 2012

121231 AMBANG TAHUN BARU

Puchong Bikers menyambut tahun baru 2013 dan sekaligus menyambut hari kelahiran Puchong Bikers Group di Intekma Resort Shah Alam, bersama artis jemputan Mus May, Man Raja Lawak, Sharifah Shahira dan Ijoy.

Puchong Bikers juga meraikan anak-anak ahli yang mendapat UPSR 5A dan PMR 8A. Anak Shaid, Alia, mendapat UPSR 5A; Anak Norafiqa, mendapat UPSR 5A dan anak Zamin mendapat PMR 8A.


Saturday, December 29, 2012

121229 RIDE ANAK YATIM AS-SALAM

Puchong Bikers bersama-sama dengan Masjid As-salam meraikan anak-anak yatim dan membawa mereka membeli belah alat-alat tulis, pakaian sekolah dan perkakasan sekolah bagi menempuh musim persekolahan yang akan dibuka. Kami membeli-belah di Jusco IOI Mall Puchong.





Sunday, December 23, 2012

121223 RIDE BANTAHAN TV3

Satu ride untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap rancangan 999 terbitan TV3 di mana Mazidol telah melabelkan superbikers sebagai Pelesit Jalanan. Cerita telah terbongkar dan didapati 2 orang superbikers yang membuat lagak ngeri 'wheelie' di lebuh raya adalah lakonan semula, namun dinafikan oleh Mazidol.




Wednesday, December 19, 2012

121219 COP KINRARA

Puchong Bikers di majlis penyerahan motorsikal Kawasaki Ninja 250 kepada anggota polis. Ini bagi membanteras jenayah yang boleh ditangani dengan motorsikal berkuasa 250cc dari Kawasaki Motors.

Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.



Wednesday, December 12, 2012

121221 KLBW

Puchong Bikers ride ke KL Bike Week.

Tuesday, December 11, 2012

121211 MAJLIS BERKHATAN SURAU KEMBOJA

Puchong Bikers meraikan Majlis Berkhatan Anak-Anak Islam Rohingya Di Surau Nurul Huda Pandan Indah.




Sunday, November 25, 2012

121125 CHEAR MOTORRAD KUANTAN

Jemputan daripada Chear Motor untuk perasmian Chear Motorrad di Kuantan.


Friday, November 16, 2012

121116 'JOM HIJRAH' DI UITM

Puchong Bikers menghadiri majlis Hijrah di UITM Shah Alam.

Sunday, November 11, 2012

121111 1MBW

Puchong Bikers ke 1 Malaysia Bike Week yang diadakan di Putrajaya. Konvoi yang menjelajah 1 Malaysia tiba di Putrajaya pada pagi ini. Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib. Zahid Hamidi turut menjayakan program ini. Sebanyak 400 buah motorsikal bersama-sama dengan Puchong Bikers berkonvoi dari Petronas Puchong Gateway. Dianggarkan lebih 6000 buah motorsikal yang datang berkumpul di Putrajaya pada pagi itu.

Saturday, November 10, 2012

Sunday, November 4, 2012

121104 ADIK AZIRUL KAHWIN DI AMPANG

Jemputan ke Majlis Perkahwinan adik Azirul di Ampang.

Sunday, October 21, 2012

121021 KONVOI GIVI KE MOTORGP

Puchong Bikers berkonvoi ke acara tahunan Motor GP di litar Sepang.

Sunday, October 14, 2012

121014 ZACK SEMENYIH

Jemputan ke kenduri Zack GTR di Semenyih.

Friday, October 12, 2012

Friday, October 5, 2012

121005 BETONG

Puchong Bikers bersantai ke Betong.

Thursday, October 4, 2012

121004 LESEN B FULL

Program B Full yang dianjurkan oleh Puchong Bikers. Ini untuk memastikan dan memudahkan bikers yang belum ada lesen B Full untuk memiliki lesen tersebut.

Saturday, September 22, 2012

120922 P1 LATIHAN MEMANDU

Latihan Memandu untuk peserta-peserta yang akan mengambil Lesen B Full di bawah anjuran Puchong Bikers.

Friday, September 14, 2012

120914 RIDE RELA KE KDN

RELA Bikers bersama Puchong Bikers ride ke KDN.

Sunday, September 9, 2012

120909 ANAK YATIM & BERAYA

Puchong Bikers ride melawat sambil menyumbang ke rumah anak-anak yatim di Lestari Puchong. Puchong Bikers beraya ke rumah saudara Wahid Ibrahim selepas itu.

Thursday, August 30, 2012

120830 MERDEKA TANPA ZINA

Ride untuk program Merdeka Tanpa Zina sempena hari merdeka diadakan di SUK Selangor. Dari SUK, bikers berkonvoi ke Masjid Klang.

Wednesday, August 15, 2012

120815 BERBUKA PUASA

Majlis Berbuka Puasa Puchong Bikers diadakan di Sambal Tumis Cafe.

Sunday, August 12, 2012

Saturday, August 11, 2012

Sunday, August 5, 2012

Saturday, July 14, 2012

120714 PUCHONG BIKERS DI BIKERS PERIHATIN


1) Rumah Anak Yatim pertama bertempat di Kg Parit Mahang Jeram di diami oleh Puan Norfaizah bersama sama anak nya seramai 5 org . Yang sulung berumur 14 tahun dan yang paling kecil berumur 3 tahun . 

2) Rumah Anak Yatim kedua bertempat di Kg Bukit Badong Ijok . Anak anak yatim tersebut semuanya berjumlah 4 orang tinggal dirumah datoknya iaitu seorang pesara tentera . 

3) Rumah Anak Yatim ketiga bertempat di Kg Bagan Pasir Tg Karang . Rumah tersebut didiami 2 orang anak yatim dan 4 orang kurang upaya bersama 8 sekeluarga kesemuanya disamping itu terlalu daif dan amat memerlukan bantuan . 

4)Rumah Anak Yatim keempat bertempat Quarters JPS Tg Karang (masih mendapat ehsan dari JPS untuk tinggal disini). Terdapat 2 keluarga disini berjumlah 8 orang anak yatim kesemuanya yang mendapat belas ehsan dari JPS untuk tinggal sementara . 

5)Rumah Anak Piatu kelima bertempat di Jalan Jepun Batu 9 Tg Karang . Disini terdapat 12 orang anak yatim yang di jaga oleh bapanya sahaja yang baru kematian isterinya pada bulan Februari 2012 dan anak sulung nya masih tidak dapat menerima hakikat kematian ibunya , bayangkan penderitaan keluarga tersebut . 

6)Dan perjalanan kita berakhir di rumah Ust Khir . Di sini kita makan tengahari dan menyumbang lagi kepada 2 keluarga . Satu keluarga adalah keluarga Yatim Piatu yang baru kematian ibunya dalam kemalangan ngeri di Kuala Selangor pada 4/7/2012 . Sebelum ini bapa mereka telah meninggal dunia pada 2011 . 

Untuk makluman semua BIKER . Pada hari tersebut jumlah anak yatim yang kita akan bagi sumbangan semuanya berjumlah 35 orang . Setiap penyertaan dikenakan bayaran minimum sebanyak rm50.00 sebagai derma sumbangan dan kepada peserta yang ingin menyumbang lebih amat di alu alukan , dan setiap penyumbang akan mendapat sehelai tshirt program. Marilah beramai ramai memeriahkan program ini sambil beramal. Rasai lah kesedihan & rintihan anak2 yatim. Apabila menyambut bulan yang mulia tanpa ayah atau ibu — 120714 PUCHONG BIKERS di BIKERS PERIHATIN (127 photos)

Friday, June 29, 2012

Saturday, June 23, 2012

Saturday, April 28, 2012

120428 BETONG RIDE

Bersantai ke Betong, selepas menziarahi anak-anak yatim di Ummu Salamah, Gerik.

120428 ANAK YATIM UMMU SALAMAH

Ride ke rumah anak-anak yatim di Ummu Salamah, Gerik.

Sunday, April 8, 2012

120408 PETRONAS SG. UDANG MLK

Puchong Bikers ke jemputan perasmian Petronas abg Hazashah di Sg. Udang, Melaka.