24 Jan 2015 bermula seawal 8.30 pagi semua bikers yang datang dari
berbagai kelab di sekitar Lembah Klang mula berkumpul di pekarangan
Stadium Shah Alam dan di beri taklimat ringkas oleh koordinator program
iaitu Bro Din GTROC, Wahid Puchong Bikers dan Shaid Puchong Bikers.
Seramai hampir 250 buah biji motorsikal berbagai model dan kuasa telah
menyertai kovoi ini yang julung-julung kalinya diadakan. Difahamkan
bahawa program konvoi ini akan diadakan dalam beberapa siri lagi dalam
masa terdekat. 3 pilihan destinasi telah dipilih oleh YAM Tengku untuk
menjadi lokasi persinggahan iaitu Sekolah Menengah Sek 15, Sekolah
Maahad Tahfiz Bkt Lanchung dan Plaza Alam Central. Yang menariknya
konvoi ini, penyertaan yang agak memberansangkan dari kelab-kelab
bikers, kerjasama dan displin yang begitu baik dalam berkonvoi serta
rasa perihatin YAM Tengku telah memberi token khusus untuk semua
bikers-bikers. Disini telah menggambarkan bahawa sedikit sebanyak
tanggapan negatif masyarakat umum khasnya terhadap bikers selama ini
dapat disanggah dan diperbetulkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak
yang sudi memberi peluang dan ruang kepada seluruh bikers untuk bersama
sama dalam program ini.
No comments:
Post a Comment