Sunday, January 25, 2015

Konvoi bersama YAM Tengku Besar Putra Selangor DE

24 Jan 2015 bermula seawal 8.30 pagi semua bikers yang datang dari berbagai kelab di sekitar Lembah Klang mula berkumpul di pekarangan Stadium Shah Alam dan di beri taklimat ringkas oleh koordinator program iaitu Bro Din GTROC, Wahid Puchong Bikers dan Shaid Puchong Bikers. Seramai hampir 250 buah biji motorsikal berbagai model dan kuasa telah menyertai kovoi ini yang julung-julung kalinya diadakan. Difahamkan bahawa program konvoi ini akan diadakan dalam beberapa siri lagi dalam masa terdekat. 3 pilihan destinasi telah dipilih oleh YAM Tengku untuk menjadi lokasi persinggahan iaitu Sekolah Menengah Sek 15, Sekolah Maahad Tahfiz Bkt Lanchung dan Plaza Alam Central. Yang menariknya konvoi ini, penyertaan yang agak memberansangkan dari kelab-kelab bikers, kerjasama dan displin yang begitu baik dalam berkonvoi serta rasa perihatin YAM Tengku telah memberi token khusus untuk semua bikers-bikers. Disini telah menggambarkan bahawa sedikit sebanyak tanggapan negatif masyarakat umum khasnya terhadap bikers selama ini dapat disanggah dan diperbetulkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak yang sudi memberi peluang dan ruang kepada seluruh bikers untuk bersama sama dalam program ini.