Wednesday, December 30, 2009

091230 PERASMIAN KEDAI MAKAN THE BIKERS PLANET

Assalamualaikum. Undangan ke perasmian kedai makan di The Bikers Planet, Lifestyle Store and Café (Hj Zainurin Er6), No. 1, Jalan PUJ 3/1, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan pada Rabu 30Dec 09 Jam 8 malam. 2 cabutan penginapan (untuk 2 pasangan) di Phuket atau Bali kepada Bikers bertuah. Berkumpul di Petronas Puchong Gateway. Pukul 8 malam bertolak. Keterangan lanjut hubungi Shaid 0133456391. Terima Kasih.

Sunday, December 20, 2009

091220 SUKAN REHATAN MINDA

Program Generasi Idaman Selangor

Anjuran Bersama EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, MBSA dan Bikers

Tujuan
2.1 Untuk mengumpulkan para remaja lelaki dan perempuan dalam satu aktiviti yang mereka minati
2.2 Memberi pendedahan kepada peserta mengenai:
• keselamatan pemanduan bermotor
• perubahan biologi & psikologi remaja lelaki dan perempuan
• cara-cara menangani pergaulan & fenomena perlakuan bebas

Objektif
Program ini diadakan untuk mendekati remaja-remaja bermotosikal yang terdedah kepada gejala sosial dengan aktiviti yang berkaitan dengan permotoran dan juga modul-modul isian.

Perlaksanaan
Program ini akan melibatkan kerjasama dari semua pihak. Berikut adalah cadangan perlaksanaan program tersebut

Tempat
Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Tarikh
20 Disember 2009

Tetantif Program
09:30 pagi Pendaftaran Bermula
10:00 pagi Taklimat Pertandingan Aksi
10:30 pagi Pertandingan dimulakan (Kalah Mati)
11:30 pagi Aksi Bermotoran oleh Bikers
12:00 Tgh Ucapan dan Perasmian Program
12:30 Tgh Jamuan Makan
01:00 Ptg Solat Berjemaah bersama YB Dr Halimah Ali
01:30 Ptg Tazkirah 'Pergaulan dan Bersosial' oleh Ustaz Wan Ji
02:00 Ptg Pertandingan Akhir Aksi Bermotoran
03:00 Ptg Penyampaian Hadiah & Bersurai

Photos:-
Camera Razif
Camera Lan600
Video (boleh tengok dulu di sini, nanti saya adjust jadi satu & masukkan dalam youtube)

Saturday, December 5, 2009

091205 SEKILAS SINAR 2 (SEKINAR 2)

Program Amal Puchong Bikers bersama pelajar-pelajar MMU.

[07:00 AM] Berkumpul di Restoran Mawar Puchong Utama.
[07:30 AM] Bergerak ke MMU setelah kesemua Bikers tiba pada waktu"nya" hehe...
[08:00 AM] Setiba di PDK Putrajaya, mulakan dengan sarapan. Selepas sarapan, ada 3 permainan di waktu pagi:-
  1. Carik-carik kertas warna warni dan tampal-tampal di kertas putih saiz besar sangat
  2. Merwarna Dora The Explorer
  3. Membalut perserta (MMU atau Bikers) supaya jadi macam pocong
[13:00 AM] Solat Zohor
[14:00 AM] Mula mengikis, mengecat, melukis (Spongebob Squarepant and friends) dan mewarna. Separuh Bikers terpaksa bergerak ke jemputan yang lain.
[16:30 AM] 80% siap mengecat. Bikers yang selebihnya pulang untuk meeting selepas Maghrib. Tinggal Radzi dan pillion beliau.
[19:00 AM] Kalau tak silap, sekarang siap usaha-usaha yang dijalankan.

Photos:-
Dari sniper Puchong Bikers (Lan 600)
Edited for Puchong Bikers (snap by MMU)
Oleh MMU

Friday, September 11, 2009

090911 MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SKUAD TITIAN AMAL NEGERI FM & TMNS DI KG MERTANG S.M

Tarikh:- 11 September 2009
Hari :- Jumaat
Masa :- 2.45 pm (rv petronas bukit putus)

- 3.00 pm gerak ke seri menanti
- 3.45 pm - sampai di perkarangan rumah pengarah tourism msia ns dikg mertang seri menati ns.
- 4.30 - berkumpul dimasjid mertang - solat asar berjemaah dan dan kerja gotong royong bermula --kemas masjid
- 6.50 bergerak balik ke rumah toress utk majlis berbuka puasa (hidangan disediakan oleh bikers dan skuad titian amal negeri fm.(buka puasa tajaan tourism msia ns )
- 7.00 pm majlis berbuka puasa -magrib/isyak/ solat terawih dan bersurai
- 9.00 mlm solat isyak n terawih di masjid mertang
- 10 mlm moreh (rumah torres atau masjid)
- 10.30 berangkat balik...

Photos:- 
Majlis Berbuka Puasa Bersama Skuad Titian Amal Negeri Fm Dan Tmns D Kg Mertang S.M

Saturday, August 29, 2009

090829 MAJLIS BERBUKA PUASA DI HOTEL SERI MALAYSIA SEREMBAN


Puchong Bikerz telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Sri Malaysia Seremban, bersama anak-anak yatim dan ibuku sayang pada hari Sabtu 29/08/2009.

Buffet dewasa RM30, kanak2 6-12 tahun RM17.

Berbuka bersama 15 anak2 yatim dan 10 warga emas. AJK ibuku sayang seramai 5 orang. Sume 30 orang.

Ada juga sumbangan dalam bentuk perabut, sofa dll untuk mereka yang akan diraikan ini. Perabut-perabut ini telah dihantar pada hari Ahad sebelum ini.

Jadual perjalanan:

- 4 berkumpul di tol senawang (kereta dan motor. harus diingat sekiranya berkereta, rancang perjalanan. faktorkan sekali kemungkinan trafik jem pada hari itu)
- 4:10 - bertolak ke destinasi
- 4:40 tiba di Masjid Taman Panchur Jaya untuk Solat Asar
- 5:10 bergerak ke rumah anak2 yatim dan ibuku sayang untuk menyampaikan sumbangan dan membawa anak2 yatim pusing2 naik motor
- 6:15 bergerak ke Hotel Seri Malaysia
- 7:30 (atau waktu magrib pada hari itu) berbuka.


Tempat TTS setiap malam Jumaat di Puchong Utama, map dekat posting 'Kelahiran'.

Photos:-

Tuesday, August 11, 2009

090811 MHI TV3

Puchong Bikers bersama dengan Terjah Bikerz (http://terjahbikerz.com/) menghadiri live show di MHI untuk topik Motorsikal Berkuasa Tinggi

http://www.youtube.com/watch?v=_KrWHJSy3NU

Saturday, June 20, 2009

090620 RIDE SERKAM IKAN BAKAR

Ntah bila tarikhnya. Nanti akan disemak semula.

Saturday, April 25, 2009

090425 RIDE DARUL ATIQ

Ride yang pertama ialah ke Darul Atiq, di Kuala Kubu, pada 25-April-2009.

Thursday, January 1, 2009

090101 KELAHIRAN



Ditubuhkan dengan rasminya pada 01/01/2009 di TTS Mat Rock Char Kue Teow. Masa datang tu masih 31/12/2008. Tepat saja jam 12:00 tengah malam, reben dipotong oleh saudara Khairul Hafiz. Urm...takde reben sebenarnya hehehe.. cuma cakap lisan saja.

TTS ialah pada setiap Rabu malam dari 9:30PM ke atas. Bila bulan Ramadhan, TTS mula pada 10:30PM ke atas (selepas Tarawikh).

Map (click to enlarge)



Jemput lar datang...

Kalau misalannya Mat Rock tutup, kitorang sume akan TTS kat Bravo's (24jam) di tengah2 deretan kedai berdepan dengan gerai Mat Rock