Saturday, July 27, 2013

130727 ride amal ke Rumah Anak Yatim Al Ehsan Bentong

Jemputan dr 300kmj utk berbuka puasa bersama anak2 yatim Bentong Pahang(bukan Betong Thai)..
Konvoi akan di iringi oleh Polis traffic smp ke Bentong..

Date 27th July
Konvoi berlepas pukul 2pm
RV masjid Wilayah Persekutuan KL.

Bikers akan di beri baju, berbuka disediakan kan dan pahala yg tak terbilang...

Bikers yg turut serta di minta bawa baju melayu utk rakaman takbir raya.

Balik boleh TTS kat Genting

LIVE WELL & LIVING LEGEND
0192600600

Friday, July 19, 2013

130719 RIDE AMAL RAMADHAN


Esok RIDE AMAL RAMADHAN

KONVOI JELAJAH KASIH RAMADHAN 2013 bersama MPSJ  MYDIN  UN RIDERS,

Satu Ride Amal Jelajah Kasih Ramadhan 2013 untuk membawa anak-anak yatim dari Puchong ke MYDIN Subang Jaya untuk membeli pakaian raya serta berbuka puasa .50 Bikers diperlukan untuk membawa anak-anak yatim berkonvoi ke MYDIN.Kepada Bikers di jemput bersama.
Program ditaja oleh MPSJ dan UNIQUE NATION

ACARA MAJLIS

-Tarikh  20-07-2013 Sabtu
-Berkumpul di Batu3 UN RIDER atau CMO jam 2 petang
-Bergerak dari UN RIDER jam 3 petang ke Rumah anak yatim di Puchong
-Berkonvoi membawa anak yatim dari Puchong ke Mydin ~ seterusnya bersama-sama melayan kerenah anak-anak yatim bershoping di Mydin.
-Berbuka puasa di ruang legar Mydin.

Kepada yang berminat boleh hubungi

Fairuz  012-3440855
Gig  017-6767368
Shaid Puchong Bikers  013-3456391
Dato Azlan UN-Riders...

Saturday, July 6, 2013

130706 RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES


RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES (SABTU 6 JULAI 2013)

Assalamualaikum... seperti tahun-tahun yang lepas Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Kuala Selangor ( MOBIKES) akan menganjurkan ride amal ke 5 rumah anak yatim di sekitar Kuala Selangor sempena ketibaan Ramadhan tahun ini.Semua bikers dijemput untuk ikut serta dalam program tersebut diatas.

Butiran Program

RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES
Tempat Bermula  Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Tarikh  6 JULAI 2013 SABTU
Aturcara program

-pendaftaran kepada yang menyumbang RM 50 akan diberi satu tshirt program
-bacaan yassin dan tahlil
-sarapan pagi
-bergambar beramai-ramai
-berkonvoi memberi sumbangan ke 5 buah rumah anak yatim sekita Kuala Selangor.
-makan tengahhari
-bersurai

Semuga dengan kehadiran beramai-ramai bikers akan memeriahkan suasana sambil kita beramal..

GROUP PUCHONG BIKERS akan berkumpul di SHELL LDP PUTRA HEIGHT jam 6.45 am . Tayar golek jam 7.15 am

Tempat rv ke 2 Petronas Tol Bukit Jelutong jam 7.00 pagi...bergabung dengan groups dari Puchong..

Sunday, June 30, 2013

130630 Uda dan Halim kahwin PT Jawa


JEMPUTAN KAHWIN ANAK SEDARA PRESIDEN PUCHONG BIKERS di Muar (30 hb JUN 2013~Ahad)

Assalamualaikum.. Di jemput semua ahli Puchong Bikers dan kawan-kawan bikers ke majlis perkahwinan anak saudara Presiden Puchong Bikers Nur Khairunnisak dengan Mohammad Norhalim ( Brunai Bikers) Semuga dengan kehadiran kawan-kawan semua akan memeriahkan lagi majlis.

Butiran majlis

Tarikh : 30 hb JUN 2013 ~ AHAD ~ 23 Syaaban 1434 H
Tempat : Pos 84,Parit Nipah, Jalan Muar ~ Batu Pahat, 84150, Parit Jawa, Muar.

Berkumpul di BENGKEL MOTOR REE di Kg Medan jam 11.00 pagi ~ tayar golek ke majlis kenduri kahwin di Kg Medan 11.45 pagi

Bergerak ke Muar jam 1.00 tengahhari melalui RnR Kinrara ~ Tol Sg Besi ~ PLUS HIGHWAY ~ Tol Tangkak ~ Muar By pass ~ Simpang Muar / Batu Pahat ~ Parit Jawa ~ lebih kurang 1 km sebelah kanan.

Balik dari majlis kahwin mungkin akan menyinggah Asam Pedas atau Mee Bandung Muar.Mengikut kesesuaian waktu dan permuafakatan.

Konvoi akan di ketuai Affian Dzulkifli 012-6336738 dan Afiiq Nasir 013-3083812

cc: Presiden Puchong Bikers. en Shaid

Saturday, June 22, 2013

130622 UMP

***** KEMBARA AMAL RAMADHAN ****

Adalah Program Amal Terbesar Gabungan 2 Negara bersama-sama meraikan 4 Buah Anak Yatim Kuantan. Sedekah, Derma dan Sumbangan wang ringgit boleh dimasukkan ke akaun MBB ; MOHD SHAID BIN TASIRAN / 1141 6945 4976. Barang2 Keperluan seperti pakaian & makanan boleh diserahkan kepada penganjur. Bagi mereka yang ingin bermlm di Kuantan, Pihak UMP ada menyediakan penginapan asrama di University Malaysia Pahang, Kuantan.

FLAG OFF DATE : 22hb Jun
FLAG OFF TIME : 8.00am
FLAG OFF POINT : THE BIG BIKE SHOP, PUCHONG GATEWAY
EVENT VENUE : UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG, PEKAN.

LIVE WELL & LIVING LEGEND
Mohammad Norafiqa ( 0192600600)
PBG Vice President

=================

RIDE AMAL ANAK YATIM di UMP KUANTAN (22 DAN 23 JUN 2013)

Satu ride amal anak yatim akan di anjurkan oleh PUCHONG BIKERS bersama Bikers Singapore, The Big Bike Shop dan warga UMP Pahang pada 22 hb JUN 2013.Program ini akan mengabungkan 4 rumah anak yatim.

Konvoi akan di ketuai oleh President YB Shaid Tasiran.
Ketua Mashall PBG - Afiiq Nasir
Mashall Sokongan/setiausaha PBG Affian Dzulkifli
Mashall2 PBG ( minta lapor kan diri kepada Afiiq atau Affian dgn sekadar segera)

Butirannya

RUMAH ANAK YATIM HEMBUSAN KASIH SAYANG : Lelaki 20 org / Perempuan 21 org

RUMAH ANAK YATIM PERMATA CAMAR : Lelaki 43 org

RUMAH ANAK YATIM PERMATA INSYIRAH : Perempuan 14 org

RUMAH KANAK-KANAK SULTANAH HJH KALSOM : Lelaki 20 org / Perempuan 20 org

07.30 am - Bikers Berkumpul /Minum Pagi di The Big Biker Shop Puchong Gateway.
08.15 am - Bacaan Doa Selamat
08.30 am - Bertolak ke University Malaysia Pahang, Pekan
10.00 am - Berhenti isi minyak dan berehat di RnR Termeloh
10.30 am - Perjalanan di terus kan ke University Malaysia Pahang, Pekan
12.30 tgh - Sampai di University Malaysia Pahang, Pekan
01.00 tghari - Jamuan Makan Tengahari bersama-sama dgn anak2 Yatim
01.45 tghari - Solat Zohor & Tazkirah.
02.45 ptg - Majlis Penutup
- Ucapan dari Aluan dari Naib Canselor UMP
- Ucapan dari wakil Kelab Kembara Amal
- Persembahan Anak-anak Yatim
- Persembahan Silap Mata dari Kelab Kembara Amal
- Penyampaian hadiah & cenderahati kepada anak-anak yatim
- Penyampaian sumbangan kepada wakil Rumah Anak Yatim.
4.15 ptg - Minum Petang.
- Bikers membawa anak-anak yatim UMP bersiar-siar dalam kampus
- Majlis Tamat

Kepada yang ingin menyumbang pakaian dan wang ringgit untuk program ride ini amat dialu-alukan.Kepada sesiapa yang ingin menderma dan menyumbang wang ringgit boleh masukkan ke akaun MBB ; MOHD SHAID BIN TASIRAN / 1141 6945 4976..atau terus serahkan semasa TTS PUCHONG BIKERS setiap rabu malam khamis... kepada yang masukkan ke bank tolong sms ke 013-3456391 untuk dikemaskini...

maklumat lanjut sila hubungi Mohammad Norafiqa Ibrahim 019-2600600 / Affian Dzulkifli 012-6336738 / Shahrin Shamsudin 013-3806000 / Puchong Bikers 013-3456391
— with Puchong Bikers and 17 others.

Wednesday, June 19, 2013

130619 TAHLIL DAN DOA SELAMAT

TTS PUCHONG BIKERS dan TAHLIL SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN (RABU 19 JUN 2013)

Bersempena dengan bakal ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi PUCHONG BIKERS menjemput semua kawan2 bikers untuk hadir ke majlis TAHLIL SEMPENA KETIBAAN RAMADHAN (RABU 19 JUN 2013)

Bertempat di Sambal tumis cafe, No 19 jln pu 5/1,Tmn Puchong Utama.2.994963, 101.620129 +2° 59' 41.87", +101° 37' 12.46"

Majlis Tahlil akan bermula jam 10.00 malam

Semua ahli-ahli Puchong Bikers, rakan-rakan bikers dan rakan-rakan facebook dialu-alukan kehadiran.Kita boleh berborak dan membincangkan program yang akan dijalankan pada hari dan minggu seterusnya.

Jamuan makan dan minum ada disediakan... yang oder ikut selera sendiri pun boleh juga tapi bayar sendiri le.

Kutipan derma atau sumbangan untuk program ANAK YATIM UMP PEKAN PAHANG yang akan diadakan pada 22 hb JUN 2013 juga akan dilancarkan.Kepada bikers2 yang ingin menyumbang amatlah dialu-aukan...

Sekian

Shaid Puchong Bikers

Sunday, June 2, 2013

130602 Fadzeli dan Nisa Kahwin di KG Medan

JEMPUTAN KAHWIN FADZELI & NISA (2 JUN 2013 AHAD)

Assalamualaikum.. Di jemput semua ahli Puchong Bikers dan kawan-kawan bikers yang mengenali FADZELI BIN SAAD Fadz Liesa dan KHAIRUNNISAK BINTI MOHAMAD FUAD Nisa Liesa untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka. Nisa (anak perempuan abg Fuad Tdm dan adik kepada Nickman Fuad). Semuga dengan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis.

Butiran majlis

Tarikh : 2 hb JUN 2013 ~ AHAD ~ 23 REJAB 1434 H
Tempat : BLOCK B,MEDAN CAHAYA,JALAN PJS 2C/2 TAMAN DATO HARUN.
Berkumpul di Petronas Taman Dato Harun jam 12.00/12..30 ke rumah pengantin lelaki dan berkonvoi bersama pengantin lelaki kerumah pengantin perempuan..

*** berkonvoi mengiringi pengantin***