Friday, October 4, 2013

131004 RIDE SANTAI KE HATYAI

RIDE Santai MAKAN PULUT MANGGA HATYAI (4,5 dan 6 OKTOBER 2013)

-Berkumpul di PETRONAS NKVE SUBANG ...jam 1.30 pagi
-Tayar golek jam ...2.00 pagi

Peringatan sekali lagi

- Servis motor mana yang perlu.
- Bawa pasport.
- Bawa gran motor ori atau copy.
- Bawa surat kebenaran membawa motor dari pemunya motor.
- Bawa duit secukupnya atau lebih untuk perbelanjaan dan kos perjalanan.
- Kepada yang tak biasa ride malam , tidur dulu sejam -dua untuk kesegaran mata.

Wednesday, September 4, 2013

130904 MAJLIS TAHLIL DAN SAMBUTAN HARI RAYA PUCHONG BIKERS

MAJLIS TAHLIL DAN SAMBUTAN HARI RAYA PUCHONG BIKERS

Sempena bulan Syahwal yang mulia ini Puchong Bikers dengan ini menjemput kawan-kawan bikers untuk kemajlis TAHLIL DAN SAMBUTAN HARI RAYA PUCHONG BIKERS

More Images

Butiran majlis

Tarikh : 4 September 2013 - Rabu malam

Bertempat : Sambal tumis cafe, No 19 jln pu 5/1,Tmn Puchong Utama.2.994963, 101.620129 +2° 59' 41.87", +101° 37' 12.46"

Masa : 8.00 malam ~ Tahlil

Jamuan makan bermula selepas majlis tahlil selesai.....sehingga 12.00 malam.... menu makanan.. 3 ekor kambing bakar, nasi lemak, mee hoon goreng, lontong, nasi himpit, lemang, tapai, roti jala, rojak buah, rendang ayam, rendang daging, kuih muih, buah-buahan...dan lain2

Semuga dengan kehadiran rakan-rakan bikers dapat memeriahkan majlis dan merapatkan hubungan silatulrahim di antara kita.... — with Tok Wann and 19 others.

Saturday, August 3, 2013

130803 RIDE BERBUKA DAN BERSHOPPING BERSAMA ANAK2 YATIM

RIDE mengiringi konvoi Program beli baju raya anak-anak yatim ke IOI Mall
Tarikh : 03 OGOS 2013 Sabtu
Tempat : Masjid As Salam, Masjid Terapung
Masa : 1.20 -2.00pm -Zohor

Berkonvoi mengiringi anak-anak yatim terpilih kariah Masjid Puchong Perdana bershoping baju raya di IOI MALL PUCHONG... Selesai bershoping berkonvoi mengiringi balik ke Masjid As-Salam dan Berbuka sekali bersama anak2 yatim di masjid As Salam.

Semua bikers di alu-alukan

Untuk rujukan ; Mohammad Norafiqa Ibrahim 019-2600600
Atau Shaid 013-3456391 —

Saturday, July 27, 2013

130727 ride amal ke Rumah Anak Yatim Al Ehsan Bentong

Jemputan dr 300kmj utk berbuka puasa bersama anak2 yatim Bentong Pahang(bukan Betong Thai)..
Konvoi akan di iringi oleh Polis traffic smp ke Bentong..

Date 27th July
Konvoi berlepas pukul 2pm
RV masjid Wilayah Persekutuan KL.

Bikers akan di beri baju, berbuka disediakan kan dan pahala yg tak terbilang...

Bikers yg turut serta di minta bawa baju melayu utk rakaman takbir raya.

Balik boleh TTS kat Genting

LIVE WELL & LIVING LEGEND
0192600600

Friday, July 19, 2013

130719 RIDE AMAL RAMADHAN


Esok RIDE AMAL RAMADHAN

KONVOI JELAJAH KASIH RAMADHAN 2013 bersama MPSJ  MYDIN  UN RIDERS,

Satu Ride Amal Jelajah Kasih Ramadhan 2013 untuk membawa anak-anak yatim dari Puchong ke MYDIN Subang Jaya untuk membeli pakaian raya serta berbuka puasa .50 Bikers diperlukan untuk membawa anak-anak yatim berkonvoi ke MYDIN.Kepada Bikers di jemput bersama.
Program ditaja oleh MPSJ dan UNIQUE NATION

ACARA MAJLIS

-Tarikh  20-07-2013 Sabtu
-Berkumpul di Batu3 UN RIDER atau CMO jam 2 petang
-Bergerak dari UN RIDER jam 3 petang ke Rumah anak yatim di Puchong
-Berkonvoi membawa anak yatim dari Puchong ke Mydin ~ seterusnya bersama-sama melayan kerenah anak-anak yatim bershoping di Mydin.
-Berbuka puasa di ruang legar Mydin.

Kepada yang berminat boleh hubungi

Fairuz  012-3440855
Gig  017-6767368
Shaid Puchong Bikers  013-3456391
Dato Azlan UN-Riders...

Saturday, July 6, 2013

130706 RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES


RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES (SABTU 6 JULAI 2013)

Assalamualaikum... seperti tahun-tahun yang lepas Kelab Motorsikal Berkuasa Tinggi Kuala Selangor ( MOBIKES) akan menganjurkan ride amal ke 5 rumah anak yatim di sekitar Kuala Selangor sempena ketibaan Ramadhan tahun ini.Semua bikers dijemput untuk ikut serta dalam program tersebut diatas.

Butiran Program

RIDE AMAL BIKERS PRIHATIN MOBIKES
Tempat Bermula  Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor
Tarikh  6 JULAI 2013 SABTU
Aturcara program

-pendaftaran kepada yang menyumbang RM 50 akan diberi satu tshirt program
-bacaan yassin dan tahlil
-sarapan pagi
-bergambar beramai-ramai
-berkonvoi memberi sumbangan ke 5 buah rumah anak yatim sekita Kuala Selangor.
-makan tengahhari
-bersurai

Semuga dengan kehadiran beramai-ramai bikers akan memeriahkan suasana sambil kita beramal..

GROUP PUCHONG BIKERS akan berkumpul di SHELL LDP PUTRA HEIGHT jam 6.45 am . Tayar golek jam 7.15 am

Tempat rv ke 2 Petronas Tol Bukit Jelutong jam 7.00 pagi...bergabung dengan groups dari Puchong..