Friday, January 11, 2013
Wednesday, January 9, 2013
130109 TAHLIL & TTS PUCHONG BIKERS
Puchong Bikers mengadakan majlis tahlil di TTS Puchong Bikers khusus untuk arwah Kerol Tulang dan umumnya untuk semua sahabat2 yang telah pergi terlebih dahulu. Semoga roh para sahabat ditempatkan bersama dengan golongan orang2 yang soleh.
Sunday, January 6, 2013
130106 PERGINYA SEORANG SAHABAT
Dukacita buat sahabat2 kita di mana musibah telah berlaku ke atas sahabat kita Kerol Tulang (nama FB) yang kemalangan di Federal Highway semasa hendak pulang ke rumah. Arwah terlanggar penghadang tengah jalan yang pada masa itu tiada reflektor dan jalan sekeliling adalah gelap. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Jenazah disemadikan di Baling Kedah.
Jenazah disemadikan di Baling Kedah.
Monday, December 31, 2012
121231 AMBANG TAHUN BARU
Puchong Bikers menyambut tahun baru 2013 dan sekaligus menyambut hari kelahiran Puchong Bikers Group di Intekma Resort Shah Alam, bersama artis jemputan Mus May, Man Raja Lawak, Sharifah Shahira dan Ijoy.
Puchong Bikers juga meraikan anak-anak ahli yang mendapat UPSR 5A dan PMR 8A. Anak Shaid, Alia, mendapat UPSR 5A; Anak Norafiqa, mendapat UPSR 5A dan anak Zamin mendapat PMR 8A.
Puchong Bikers juga meraikan anak-anak ahli yang mendapat UPSR 5A dan PMR 8A. Anak Shaid, Alia, mendapat UPSR 5A; Anak Norafiqa, mendapat UPSR 5A dan anak Zamin mendapat PMR 8A.
Saturday, December 29, 2012
121229 RIDE ANAK YATIM AS-SALAM
Puchong Bikers bersama-sama dengan Masjid As-salam meraikan anak-anak yatim dan membawa mereka membeli belah alat-alat tulis, pakaian sekolah dan perkakasan sekolah bagi menempuh musim persekolahan yang akan dibuka. Kami membeli-belah di Jusco IOI Mall Puchong.
Sunday, December 23, 2012
121223 RIDE BANTAHAN TV3
Satu ride untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap rancangan 999 terbitan TV3 di mana Mazidol telah melabelkan superbikers sebagai Pelesit Jalanan. Cerita telah terbongkar dan didapati 2 orang superbikers yang membuat lagak ngeri 'wheelie' di lebuh raya adalah lakonan semula, namun dinafikan oleh Mazidol.
Wednesday, December 19, 2012
121219 COP KINRARA
Puchong Bikers di majlis penyerahan motorsikal Kawasaki Ninja 250 kepada anggota polis. Ini bagi membanteras jenayah yang boleh ditangani dengan motorsikal berkuasa 250cc dari Kawasaki Motors.
Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.
Majlis dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib.
Subscribe to:
Posts (Atom)








