Saturday, February 12, 2011

110212 OPEN HOUSE CHEAR MOTOR

Open House Chear Motor. Puchong Bikers memenangi cabutan bertuah yang merupakan sepasang kasut riding, sebiji helmet dan sebuah motorsikal.


Saturday, January 15, 2011

110115 PENGANTIN NAHAR

Puchong Bikers di Majlis Walimatulurus bersama pengantin Nahar di Bukit Puchong. Jemputan Tun Mahathir juga hadir dalam majlis ini.


Tuesday, January 11, 2011

110111 LAKSA S7

Jemputan untuk Puchong Bikers makan Laksa di Seksyen 7 Shah Alam.


Friday, December 3, 2010

101203 RIDE AMAL KE KARIMUN

3-5 Disember Puchong Bikers ride amal ke Karimun.



Sunday, November 28, 2010

101128 MESRA BERSAMA OKU

Event diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Nilai. Program bersama PDK Lenggeng. Bawa OKU jalan-jalan santai di sekitar Nilai menaiki Motorsikal Berkuasa Tinggi dan kereta sport.







Saturday, November 27, 2010

101127 MARINA ISLAND RESORT

Kami ke Marina Island Resort, Lumut. Penganjur menjemput Puchong Bikers untuk memeriahkan lagi acara. Mereka juga menjemput team Spyder, kereta Mini dan lain-lain. Acara bermula 10am hingga 6pm. Khemah berukuran 15'x15' (besar khemah kenduri kahwin) akan disediakan untuk Puchong Bikers. Bagi yang ingin berniaga, boleh meletakkan barang aksesori dan merchandise.

Penganjur mengadakan event 3 hari ini bermula Jumaat 26hb hingga Ahad 28hb. Ada konsert pada setiap malam. Tempat bermalam semua fully book. Kita balik hari pun.

RV kat Chear Klang jam 8am. 8.30am tayar golek. Kita ikut Sabak Bernam. Sejauh 219km selama 3jam 26minit anggaran ganas.



Kita konvoi bersama dengan Chear Motor. Dah inform Mael Chear. Ini kerana parking di sana akan disediakan oleh kawan saya. Karang kelam kabut lak nak cari parking. Sampai sana Chear ke Pangkor, yg lain relax kat Marina ajer.

Bergantung kepada tahap boring, kita bertolak balik ke jalan yang benar awal sedikit. Takde ler tunggu sampai kul 6pm. Ini kerana 28nov keesokannya kita ke Lenggeng NS Mesra Bersama OKU (KRUA terlibat menjemput bikers).

Balik cuma ber-5. Ikut highway. Keluar Bidor. Singgah Tanjung Malim makan pau.

Friday, October 15, 2010

101015 TONG TRACKDAY

Khas buat motor tong, Puchong Bikers menganjurkan Tong Track Day. Dengan kehadiran bikers-bikers yang lain juga, lebih menyerikan dan menjayakan event ini. Ada 2-3 motor superbike itu, mereka adalah trainer yang melatih & mengulas serba sedikit bagaimana pengendalian di trek.