Thursday, December 4, 2014

Ride Amal Puchong Bikers ke Madrasah Mujahirin Bukit Jong Kuala Terengganu Pada 17/10/2014 - 19/10/2014

Alhamdulillah..niat yang baik serta keberkatan yang ada, program yang dirancang hampir setahun lamanya telah berjaya diadakan. Inilah yang dinamakan bekerja sukarelawan secara berpasukan yang ditonjolkan oleh semua ahli PB. Sikap seumpama ini telah lama diterapkan didalam jiwa setiap ahli dari mula PB ditubuhkan, Setiap ahli memainkan peranan masing masing bagi memastikan apa jua program yang dianjurkan samada yang berskala kecil atau pun besar akan suksess. Hasil usaha itu, tanpa mengenal penat lelah, PB telah mengadakan program RIDE AMAL nya untuk tahun 2014 ke Madrasah Mujahirin Bukit Jong Kuala Terengganu. Dalam program tersebut, beberapa bentuk sumbangan telah diberi termasuk barangan makanan, keperluan asas dan juga wang ringgit yang mencecah hampir 15000.00 ringgit. Bermula jam 8 pagi, Dengan kekuatan konvoi 70 buah motorsikal, perjalanan hampir 400km, PB telah selamat tiba ke Kuala Terengganu pada jam 3 petang. Menginap di Hotel Seri Malaysia. Majlis sumbangan diadakan pada keesokan harinya. Semua ahli PB beramah mesra dengan Mudir serta pelajar pelajar Madrasah tersebut. InsyaAllah, PB akan mengadakan lagi program seumpama ini jika diizinkan Alah SWT. Sumbangan serta sokongan semua ahli dan peryumbang penyumbang dari luar amat kami harapkan.

Wednesday, December 3, 2014

Puchong Bikers akan kembali mengaktifkan blognya setelah sekian lama menyepi..

InsyaAllah..jika diizinkan Allah SWT..Puchong Bikers akan kembali mengaktifkan blognya dalam masa terdekat ini setelah sekian lama menyepi, ini kerana atas faktor kesibukan kerja dan urusan urusan lain yang tak dapat dielakkan..Admin akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi atau menyalurkan sebarang bentuk maklumat aktiviti samada yang akan atau yang telah diadakan untuk rujukan semua ahlinya dan juga pengunjung-pengunjung blog kami. Sokongan, pendapat serta tunjuk ajar dari yang lain juga admin harapkan..