Saturday, July 14, 2012

120714 PUCHONG BIKERS DI BIKERS PERIHATIN


1) Rumah Anak Yatim pertama bertempat di Kg Parit Mahang Jeram di diami oleh Puan Norfaizah bersama sama anak nya seramai 5 org . Yang sulung berumur 14 tahun dan yang paling kecil berumur 3 tahun . 

2) Rumah Anak Yatim kedua bertempat di Kg Bukit Badong Ijok . Anak anak yatim tersebut semuanya berjumlah 4 orang tinggal dirumah datoknya iaitu seorang pesara tentera . 

3) Rumah Anak Yatim ketiga bertempat di Kg Bagan Pasir Tg Karang . Rumah tersebut didiami 2 orang anak yatim dan 4 orang kurang upaya bersama 8 sekeluarga kesemuanya disamping itu terlalu daif dan amat memerlukan bantuan . 

4)Rumah Anak Yatim keempat bertempat Quarters JPS Tg Karang (masih mendapat ehsan dari JPS untuk tinggal disini). Terdapat 2 keluarga disini berjumlah 8 orang anak yatim kesemuanya yang mendapat belas ehsan dari JPS untuk tinggal sementara . 

5)Rumah Anak Piatu kelima bertempat di Jalan Jepun Batu 9 Tg Karang . Disini terdapat 12 orang anak yatim yang di jaga oleh bapanya sahaja yang baru kematian isterinya pada bulan Februari 2012 dan anak sulung nya masih tidak dapat menerima hakikat kematian ibunya , bayangkan penderitaan keluarga tersebut . 

6)Dan perjalanan kita berakhir di rumah Ust Khir . Di sini kita makan tengahari dan menyumbang lagi kepada 2 keluarga . Satu keluarga adalah keluarga Yatim Piatu yang baru kematian ibunya dalam kemalangan ngeri di Kuala Selangor pada 4/7/2012 . Sebelum ini bapa mereka telah meninggal dunia pada 2011 . 

Untuk makluman semua BIKER . Pada hari tersebut jumlah anak yatim yang kita akan bagi sumbangan semuanya berjumlah 35 orang . Setiap penyertaan dikenakan bayaran minimum sebanyak rm50.00 sebagai derma sumbangan dan kepada peserta yang ingin menyumbang lebih amat di alu alukan , dan setiap penyumbang akan mendapat sehelai tshirt program. Marilah beramai ramai memeriahkan program ini sambil beramal. Rasai lah kesedihan & rintihan anak2 yatim. Apabila menyambut bulan yang mulia tanpa ayah atau ibu — 120714 PUCHONG BIKERS di BIKERS PERIHATIN (127 photos)